Rabu, 19 Jun 2013

Keselamatan

Pendidikan
SEKOLAH KEBANGSAAN JAMBU LAWAR
Moto:
"Sentiasa Di Hadapan"
Visi:
"SKJL Terbilang Tahun 2010"
Misi:
"Cakna Bersama Menjana Kegemilangan"



Hubungi Kami
MUHD KAMSANI BIN CHE MAT
 PENYELIA IT
Alamat:
 PERPUSTAKAAN DESA KG PANGKAL PETAI DALAM
 18500 MACHANG,KELANTAN.

Telefon:  013-4489948


Kemudahan Asas
  1. Balairaya / Dewan
  2. Madrasah / Masjid
  3. Padang Permainan
  4. Tanah Perkuburan
  5. Bekalan Air Paip
  6. Bekalan Api Elektrik
  7. Perpustakaan Desa
  8. Jalan Berturap

 Image  Image
 Image Image
 Image








Kesihatan

KEMPEN MENCEGAH PENYAKIT BERJANGKIT BAWAAN NYAMUK

Sebagai langkah berjaga-jaga dalam menghadapi penyakit berjangkit bawaan nyamuk, program gotong-royong membersihkan rumah diadakan dan turut dijayakan oleh kakitangan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Machang. Selain memberi penerangan mengenai bahaya penyakit bawaan nyamuk itu, kakitangan PKD Machang turut menunjuk cara untuk membersihkan kawasan rumah dan barang perhiasan dengan betul bagi mengelakkan pembiakan nyamuk.

Kebanyakan penduduk kampung yang bekerja sebagai penoreh getah berisiko tinggi digigit nyamuk dan dihinggapi penyakit berbahaya itu. Program gotong-royong tersebut bertujuan mengajak penduduk kampung agar menitikberatkan kebersihan termasuklah memastikan sampah-sarap di sekeliling rumah sentiasa dibakar dan ditanam.

Beberapa siri program gotong-royong akan terus diadakan pada masa akan datang bagi memastikan kebersihan rumah penduduk sentiasa terjaga.

KEMPEN MENCEGAH PENYAKIT BERJANGKIT BAWAAN NYAMUK

 Image
 Image Image
  
 

 
Pelancongan & Kebudayaan
Lokasi Perlancongan: Hutan Lipur Bukit Bakar
Hutan Lipur Bukit Bakar merupakan kawasan rekreasi di Jajahan Machang yang terdiri dari jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Pemandangan di sekeliling sungai dan anak sungai yang mengalir ke kawasan ini menjadikan tempat ini sesuai untuk beristirahat dan menikmati alam semulajadi. Beberapa kemudahan disediakan seperti pondok rehat gerai makan dan kolam air dan tempat berkelah disamping tanah lapang yang dinaungi oleh pokok-pokok sesuai untuk aktiviti berkumpulan.
Berbagai aktiviti boleh dijalankan di sini seperti berkelah, mandi-manda, berkhemah dan bersiar-siar. Pengunjung-pengunjung boleh menuju ke tempat ini dengan berbagai kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Machang, kerana ianya terletak ditepi jalan raya.    
Terletak 7 km dari Bandar Machang melalui Jalanraya Machang ke Kota Bahru, 63 km dari Kota Bharu. 

Image

Keusahawanan


Pertanian & Perikanan
PERTANIAN
  1. Getah
  2. Padi
  3. Kelapa Sawit
  4. Nanas
  5. Salak
  6. Pisang
  7. Dusun Buah-buahan

 Image Image
 Image Image
 Image Image

Belia Harapan
AHLI JAWATANKUASA GERAKAN BELIA 4B (M) CAWANGAN SEGA


PENAUNG
Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Machang
Puan Azma binti Yahya

PENASIHAT
Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Machang
Encik Wan Azman bin Wan Ibrahim

Penasihat Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Sega
Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Idris


Pengerusi Tetap
: Aliff Taufiq bin Alin Azman
Tim. Pengerusi Tetap
: Nur Amirah binti Shariff
Ketua
: Hasmin Nasran bin Abdul Rahman 
Naib Ketua
: Hasmin Kartini binti Abdul Rahman
Naib Ketua Wanita
: Aliff Nor Hidayah binti Alin Azman
Naib Ketua Remaja
: Ahmad Amali bin Salleh
Pen. Setiausaha
: Hasmin Aidil bin Abdul Rahman
Pen. Setiausaha
: Nor Salwina binti Johari
Bendahari
: Suriana binti Ismail
Ketua Penerangan
: Hasmin Sazwan bin Abdul Rahman
Ahli Jawatankuasa

  • Noor Azhar bin Daud
  • Mohd Akmal bin Shariff
  • Nurrizati binti Kamaruddin
  • Adi Iqbal bin Mazelan
  • mohamad Fakhrul Asyraf bin Azahar
  • Muhammad Hafizi bin Salleh
  • Rosdi bin Mahmood
  • Nur Zaim bin Fudzai

Pemeriksa Kira-kira:
  • Norul Huda binti Daud 
  • Hasmin Shafiq bin Abdul Rahman


MAJLIS PENILAIAN ANUGERAH BELIA NEGARA 2009

ImageImage

ImageImage

Image


Wanita
AHLI JAWATANKUASA PERTUBUHAN WANITA PEKEBUN KECIL (PWPK)
KAMPUNG PANGKAL PETAI 2013

Pengerusi
: Che Hasmah binti Che Yaakob 
Timbalan Pengerusi 
: Siti Rosadah binti Ismail
Setiausaha
: Puan Hjh. Maihidah binti Azrai


Ahli Jawatankuasa
Maznah binti Mohd Nor
Suhaimun binti Abdul Halim
Lijah binti Yaakob

PERKUMPULAN WANITA PEKEBUN KECIL (PWPK) 
Selain aktiviti Tanam Semula projek lain: PWPK ditubuh bertujuan untuk: 
  1. Penubuhan awal PWPK tahun 1980 an lagi atas saranan dan desakan daripada pihak atasan bagi tujuan memajukan Wanita Pekebun Kecil di sector Pertanian, Ekonomi dan Sosial.
  2. Menjelang tahun 1990 an pihak RISDA telah memberi tumpuan lebih lagi bagi membantu dan memulihkan PWPK yang telah sedia ada.
  3. Berdasarkan bancian tahun 2000, sebahagian daripada Pekebun Kecil Setakat 20/2/2005 sebanyak 525 buah PWPK dengan keahlian 10,105 orang manakala ahli PWPK yang aktif seramai 1,721 orang dan purata pendapatan sekitar RM 870.26 sebulan setiap pengusaha.
Ke arah mana PWPK:
  1. Ke arah pembentukan keluarga cemerlang.
  2. Memastikan pendapatan pekebun kecil RM 2,000 sebulan/sekeluarga tahun 2010.
  3. Melahirkan usahawan dikalangan ahli PWPK.
  4. Melaksanakan Program Pembangunan Insan ke arah melahirkan masyarakat Pekebun Kecil yang berinisiatif, bertakwa, bersyukur serta memiliki etika kerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Tujuan Penubuhan PWPK:
  1. Semangat kemasyarakatan di kalangan wanita pekebun kecil.
  2. Memberi latihan serta bimbingan kepada pengusaha yang menjalankan Projek Industri Kecil dan Sederhana bertujuan menambahkan pendapatan keluarga.
  3. Memberi peluang kepada wanita mengambil bahagian aktif di bidang ekonomi, sosial dan keagamaan.
  4. Boleh bertukar-tukar pendapat, buah fikiran, idea-idea baru dan kemahiran dari masa ke semasa.
  5. Untuk memberi khidmat latihan, kemahiran melalui kesihatan, kebersihan, makanan-pemakanan, penyeliaan masak-memasak, pengurusan ekonomi keluarga, tanaman serta ternakan, kesenian Kraf, latihan rohani dan kemasyarakatan.
  6. Memupuk semangat kepimpinan di kalangan wanita.
Jenis projek yang digalakkan:
  1. Industri Kecil (Makanan Ringan, pelbagai Sos, Kraf, Sejukbeku)
  2. Ternakan.
  3. Tanaman.
  4. Lain-lain (menambah pendapatan keluarga)
Mana-mana pengusaha yang telah menjalankan projek secara kecilan dan ingin membesarkan boleh memohon melalui Permohonan di bawah Peruntukan Ekonomi Tambahan bagi membantu pengusaha yang memerlukannya. Pihak RISDA jua melalui Pegawai Luar Wanita akan membantu dari semasa ke semasa samada dari segi bimbingan atau tunjuk ajar serta khidmat nasihat bagi membantu ahli PWPK yang menjalankan projek tersebut.

MESYUARAT PERLANTIKAN AJK

ImageImage
Image

AKTIVITI KELAS MEMASAK YANG TELAH DIJALANKAN

ImageImage


Sejarah
Kampung Pangkal Petai diberi nama semenjak 1880 sempena Pokok Petai yang tumbuh liar, rendang dan  mengeluarkan buah yang lebat di kawasan ini. Lebih seabad yang lalu, Hutan Cerang di kawasan ini telah terbakar, hangus keseluruhan sehingga menjadi sebagai padang, hanya yang tinggal ialah sebatang pokok petai, serumpun rotan sega dan sebatang pokok merkel dan ditempat yang rendah dimana air bertakung menjadi hijau warnanya. 
Peristiwa ini diketahui oleh satu keluarga dari Kemuning yang terdiri dari Haji Abdullah yang bijak lagi lebai. Tok Besar yang gagah, Tok Sulaiman yang berani dan pandai bermain senjata dan Tok Senik yang bijak menjadi penghulu telah bersetuju menjadikan penempatan dan mereka menamakan kawasan ini sebagai Kampung Cherang Hangus, Kampung Sega, Kampung Pangkal Petai, Kampung Merkel dan Kampung Air Hijau.


JKKK
JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KEMAJUAN KAMPUNG (JKKK)


 Pengerusi
: Abdul Rahman bin Idris 
 Timbalan Pengerusi
: Mustapa bin Abdullah
 Setiausaha
: Shariff bin Hamzah
 Bendahari
: Zulkifli bin Abdullah


 Ahli Jawatankuasa

 Biro wanita
: Che Hasmah binti Che Yaacob
 Belia
: Hasmin Nasran bin Abdul Rahman
 Agama
: Zulkifli bin Abdullah
 Kebajikan
: Lijah binti Yaacob
 Ekonomi
: Johari bin Merah
 Teknologi maklumat
: Fudzrai bin Abdullah
 Pendidikan
: Shariff bin Hamzah
 Keselamatan
: Mustapa bin Abdullah
 Sosial
: Mat Jusoh bin Hassan
 Keusahawanan
: Mat Lazim bin Sulaiman
 Kebudayaan
: Azis bin Deraman
 Sukan dan rekreasi
: Baharuddin bin Ibrahim
 Warga tua
: Yahya bin Pik     

Selasa, 18 Jun 2013

PERPUSTAKAAN DESA KG PANGKAL PETAI

Pengenalan

Laman Web Komuniti Perpustakaan Jalur Lebar (Community Broadband Library) Cawangan PD Kg Pangkal Petai,  Machang adalah satu pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan Teknologi ICT. Dengan adanya laman web ini diharap Komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era Teknologi ICT. Projek Perpustakaan Jalur Lebar ini adalah inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
    
Image


Info CBL
MISI DAN VISI PJL


Misi:

Merapatkan Jurang Digital antara masyarakat bandar dan luar bandar.

Visi:
Meningkatkan kadar Celik IT.


Objektif:
  1. Merapatkan jurang digital.
  2. Menyediakan Perkhidmatan, infrastruktur komunikasi dan capaian internet di kawasan luar bandar, pinggir bandar dan pedalaman.
  3. Menyediakan latihan dan kemahiran ICT.
  4. Merapatkan jurang minda melalui capaian maklumat.
Perkhidmatan yang ditawarkan:
  1. Kelas komputer.
  2. Penggunaan komputer dan Internet.
  3. Bengkel dan aktiviti.
  4. Khidmat Print, Scan dan Fotostat


Maklumat Am
Kampung Pangkal Petai terletak berhampiran dengan jalan utama Kota Bharu - Kuala Lumpur dan berkeluasan 10 KM persegi.
Peta Lokasi Kampung Pangkal Petai:

Image

 Parlimen : Machang
 Ahli Parlimen : YB Datuk Ahmad Jazlan Bin Hj Yaakub
 Adun Kawasan : YB Wan Ahmad Lutfi Bin Hj Wan Sulaiman 
 Pegawai Daerah : YM Hj. Tengku Azmi Bin Tengku Jaafar
 Penggawa : Mohd Zain Bin Che Harun
 Ketua Kampung : Mustapa Bin Abdullah
 Ketua Agama : Mohd Zulkifli Bin Abdullah
 Pengerusi JKKK : Hj. Abdul Rahman Bin Idris

Motto:
Cepat, Bermutu dan Banyak Pengeluaran.