Rabu, 19 Jun 2013



Sejarah
Kampung Pangkal Petai diberi nama semenjak 1880 sempena Pokok Petai yang tumbuh liar, rendang dan  mengeluarkan buah yang lebat di kawasan ini. Lebih seabad yang lalu, Hutan Cerang di kawasan ini telah terbakar, hangus keseluruhan sehingga menjadi sebagai padang, hanya yang tinggal ialah sebatang pokok petai, serumpun rotan sega dan sebatang pokok merkel dan ditempat yang rendah dimana air bertakung menjadi hijau warnanya. 
Peristiwa ini diketahui oleh satu keluarga dari Kemuning yang terdiri dari Haji Abdullah yang bijak lagi lebai. Tok Besar yang gagah, Tok Sulaiman yang berani dan pandai bermain senjata dan Tok Senik yang bijak menjadi penghulu telah bersetuju menjadikan penempatan dan mereka menamakan kawasan ini sebagai Kampung Cherang Hangus, Kampung Sega, Kampung Pangkal Petai, Kampung Merkel dan Kampung Air Hijau.


JKKK
JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KEMAJUAN KAMPUNG (JKKK)


 Pengerusi
: Abdul Rahman bin Idris 
 Timbalan Pengerusi
: Mustapa bin Abdullah
 Setiausaha
: Shariff bin Hamzah
 Bendahari
: Zulkifli bin Abdullah


 Ahli Jawatankuasa

 Biro wanita
: Che Hasmah binti Che Yaacob
 Belia
: Hasmin Nasran bin Abdul Rahman
 Agama
: Zulkifli bin Abdullah
 Kebajikan
: Lijah binti Yaacob
 Ekonomi
: Johari bin Merah
 Teknologi maklumat
: Fudzrai bin Abdullah
 Pendidikan
: Shariff bin Hamzah
 Keselamatan
: Mustapa bin Abdullah
 Sosial
: Mat Jusoh bin Hassan
 Keusahawanan
: Mat Lazim bin Sulaiman
 Kebudayaan
: Azis bin Deraman
 Sukan dan rekreasi
: Baharuddin bin Ibrahim
 Warga tua
: Yahya bin Pik     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan