Selasa, 18 Jun 2013

PERPUSTAKAAN DESA KG PANGKAL PETAI

Pengenalan

Laman Web Komuniti Perpustakaan Jalur Lebar (Community Broadband Library) Cawangan PD Kg Pangkal Petai,  Machang adalah satu pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan Teknologi ICT. Dengan adanya laman web ini diharap Komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era Teknologi ICT. Projek Perpustakaan Jalur Lebar ini adalah inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
    
Image


Info CBL
MISI DAN VISI PJL


Misi:

Merapatkan Jurang Digital antara masyarakat bandar dan luar bandar.

Visi:
Meningkatkan kadar Celik IT.


Objektif:
  1. Merapatkan jurang digital.
  2. Menyediakan Perkhidmatan, infrastruktur komunikasi dan capaian internet di kawasan luar bandar, pinggir bandar dan pedalaman.
  3. Menyediakan latihan dan kemahiran ICT.
  4. Merapatkan jurang minda melalui capaian maklumat.
Perkhidmatan yang ditawarkan:
  1. Kelas komputer.
  2. Penggunaan komputer dan Internet.
  3. Bengkel dan aktiviti.
  4. Khidmat Print, Scan dan Fotostat


Maklumat Am
Kampung Pangkal Petai terletak berhampiran dengan jalan utama Kota Bharu - Kuala Lumpur dan berkeluasan 10 KM persegi.
Peta Lokasi Kampung Pangkal Petai:

Image

 Parlimen : Machang
 Ahli Parlimen : YB Datuk Ahmad Jazlan Bin Hj Yaakub
 Adun Kawasan : YB Wan Ahmad Lutfi Bin Hj Wan Sulaiman 
 Pegawai Daerah : YM Hj. Tengku Azmi Bin Tengku Jaafar
 Penggawa : Mohd Zain Bin Che Harun
 Ketua Kampung : Mustapa Bin Abdullah
 Ketua Agama : Mohd Zulkifli Bin Abdullah
 Pengerusi JKKK : Hj. Abdul Rahman Bin Idris

Motto:
Cepat, Bermutu dan Banyak Pengeluaran.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan