AHLI JAWATANKUASA PERTUBUHAN WANITA PEKEBUN KECIL (PWPK)
KAMPUNG PANGKAL PETAI 2013
Pengerusi
|
: Che Hasmah binti Che Yaakob
|
Timbalan Pengerusi
|
: Siti Rosadah binti Ismail
|
Setiausaha
|
: Puan Hjh. Maihidah binti Azrai
|
|
|
Ahli Jawatankuasa
Maznah binti Mohd Nor
Suhaimun binti Abdul Halim
Lijah binti Yaakob
|
PERKUMPULAN WANITA PEKEBUN KECIL (PWPK)
Selain aktiviti Tanam Semula projek lain: PWPK ditubuh bertujuan untuk:
Penubuhan awal PWPK tahun 1980 an lagi atas saranan dan desakan daripada pihak atasan bagi tujuan memajukan Wanita Pekebun Kecil di sector Pertanian, Ekonomi dan Sosial.
Menjelang tahun 1990 an pihak RISDA telah memberi tumpuan lebih lagi bagi membantu dan memulihkan PWPK yang telah sedia ada.
Berdasarkan bancian tahun 2000, sebahagian daripada Pekebun Kecil Setakat 20/2/2005 sebanyak 525 buah PWPK dengan keahlian 10,105 orang manakala ahli PWPK yang aktif seramai 1,721 orang dan purata pendapatan sekitar RM 870.26 sebulan setiap pengusaha.
Ke arah mana PWPK:
Ke arah pembentukan keluarga cemerlang.
Memastikan pendapatan pekebun kecil RM 2,000 sebulan/sekeluarga tahun 2010.
Melahirkan usahawan dikalangan ahli PWPK.
Melaksanakan Program Pembangunan Insan ke arah melahirkan masyarakat Pekebun Kecil yang berinisiatif, bertakwa, bersyukur serta memiliki etika kerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Tujuan Penubuhan PWPK:
Semangat kemasyarakatan di kalangan wanita pekebun kecil.
Memberi latihan serta bimbingan kepada pengusaha yang menjalankan Projek Industri Kecil dan Sederhana bertujuan menambahkan pendapatan keluarga.
Memberi peluang kepada wanita mengambil bahagian aktif di bidang ekonomi, sosial dan keagamaan.
Boleh bertukar-tukar pendapat, buah fikiran, idea-idea baru dan kemahiran dari masa ke semasa.
Untuk memberi khidmat latihan, kemahiran melalui kesihatan, kebersihan, makanan-pemakanan, penyeliaan masak-memasak, pengurusan ekonomi keluarga, tanaman serta ternakan, kesenian Kraf, latihan rohani dan kemasyarakatan.
Memupuk semangat kepimpinan di kalangan wanita.
Jenis projek yang digalakkan:
Industri Kecil (Makanan Ringan, pelbagai Sos, Kraf, Sejukbeku)
Ternakan.
Tanaman.
Lain-lain (menambah pendapatan keluarga)
Mana-mana pengusaha yang telah menjalankan projek secara kecilan dan ingin membesarkan boleh memohon melalui Permohonan di bawah Peruntukan Ekonomi Tambahan bagi membantu pengusaha yang memerlukannya. Pihak RISDA jua melalui Pegawai Luar Wanita akan membantu dari semasa ke semasa samada dari segi bimbingan atau tunjuk ajar serta khidmat nasihat bagi membantu ahli PWPK yang menjalankan projek tersebut.
MESYUARAT PERLANTIKAN AJK
AKTIVITI KELAS MEMASAK YANG TELAH DIJALANKAN
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan